Ayat 1 - 5
1. Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (Yang Menguasai waktu) subuh.
2. Dari bahaya (kejahatan) makhluk.
3. Dan dari bahayanya (kejahatan) malam apabila telah gelap.
4. Dan dari bahaya (kejahatan) yang mengembus (tukang sihir) pada simpulan.
5. Dan dari bahaya (kejahatan) orang yang dengki apabila ia dengki.
AL-FALAQ bermakna WAKTU SUBUH termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH. Mengandungi 5 ayat 25 kalimat dan 74 huruf.
Tersebut di dalam hadis bahawa Nabi saw. bersabda:
"Senya telah turun atas ku dua surat yang tiada pernah turun sebelumnya dan bahawasanya tiada dibaca dua surah yang lebih keredhaan pada Allah Ta'ala daripada keduanya iaitu Qul a'udzu birabbil falaq (surah Al-Falaq), dan Qul a'udzu birabbin naas (surah surah Al-Naas).
Asbab An Nuzul
Astaa'labi berkata: Ibn Abbas dan A'isyah ra. keduanya berkata: Dahulu ada seorang pemuda yahudi melayani Nabi saw. Lalu diminta padanya oleh orang-orang Yahudi untuk mengambilkan sikit dan rambut bekas sikatan Nabi saw. dan beberapa gigi sikatnya, lalu diberikan semua itu kepada orang yahudi dan dengan itulah mereka melakukan sihirnya, sedang yang melaksanakan semua itu ialah Labid bin A'sham kemudian dimasukkan ke dalam sumur (telaga) Dzarwan milik Bani Zariq, maka sakitlah Rasulullah saw. dan luruhlah rambutnya, selama lebih kurang enam bulan. Seakan-akan ia berkumpul dengan isterinya padahal tidak, sedang badannya bertambah kurus, sehingga pada suatu malam ketika ia sedang tidur, tiba-tiba datang dua Malaikat yang satu duduk di dekat kakinya sedang yang lain duduk di sisi kepalanya.
Lalu yang duduk di dekat kakinya bertanya: Mengapa orang ini?
Dijawab: terkena sihir.
Siapakah yang menyihirnya?
Labid bin A'sham (seorang yahudi).
Dengan apakah ia meyihirnya?
Dengan gigi sikat dan rambutnya.
Di manakah?
Di dalam sumur (telaga) Dzarwan dalam kulit kurma
Kemudian Nabi saw. bangkit dari tidurnya lalu bersabda Hai A'isyah: Allah telah memberitahu tentang penyakitku. Lalu baginda mengutus Ali bin Abi Thalib dan Azzubair bin Al Awwaam dan Ammar bin Yasir ra. Ialu mereka mengeringkan air telaga itu kemudian mereka mengangkat batu dan mengeluarkan kulit kurma yang mengandungi rambut dan gigi sikat yang diikat dengan tali dan penuh dengan jarum.
Maka Allah menurunkan kedua surat ini, maka tiap dibaca (tiap ayat daripadanya) maka terbukalah tiap ikatan yang ada di dalamnya sehingga terbuka semua ikatannya dan terasa ringan badan Nabi saw. sedang Malaikat Jibril membaca "Bismillahi arqika min kulli syai'in yu'dzika min haa sidin wa ainin Allahu yasy fika". Maka sahabat bertanya "Apakah tidak kita tangkap saja penjahat itu dan kita bunuh?" jawab Nabi saw. "Allah telah menyembuhkan aku dan aku tidak suka membangkitkan kejahatan di tengah orang ramai"
Keterangan
Uqbah bin Aamir ra. berkata: Ketika saya melihat kendaraan Nabi saw. di salah satu jalanan tiba-tiba Nabi saw. bersabda: Hai Uqbah apakah anda tidak mau mengendarai? Aku masih kuatir kalau-kalau itu merupakan satu dosa, tapi Nabi saw. lalu turun dari kenderaannya dan terpaksa aku mengendarainya, kemudian setelah giliran Nabi saw. mengendarai, baginda bersabda kepadaku: "Hai Uqbah sukakah engkau aku ajarkan kepadamu dua surah yang sebaik-baik yang dibaca oleh manusia?" Jawabku "Baiklah ya Rasulullah", lalu baginda mengajar kepada ku "Qul a'udzu bi abbil falaq, Qul a'udzu birabbin naas" kemudian iqamah untuk solat maka Rusulullah saw. maju kehadapan untuk menjadi imam. Kemudian Nabi saw. bertemu lagi dengan ku dan bertanya "Bagaimana pendapatmu hai Uqbah, bacalah kedua surah itu tiap akan tidur dan bangun"
(HR. Ahmad, Abu Dawud, Annasa'i)
A'isyah ra.: Rasulullah saw. jika merasa sakit baginda membaca surah Almu'awwidzat (Qul a'udzu bi abbil falaq dan Qul a'udzu birabbin naas) di atas kedua tapak tangannya lalu meniupnya dan mengusapkannya ke badan mukanya hingga semua badannya.
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang
kelebihan solatberjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanyatubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatucas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudahtentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yangmenyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktivitiseharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakalayang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaatsolat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islamamat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawaIslam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
So, apa lagi. Jom la kita mengamalkan solat berjemaah